Usahawan Berdaya Saing dan tidak menunggu atau menangguh kerja.

Diantara faktor kejayaan seseorang usahawan ialah selalu bersikap proaktif. 
Sentiasa satu langkah ke hadapan. Namun ada faktor kritikal yang selalu menjadi
puca utama menyebabkan usahawan gagal dalam usahanya. Bukan tiada usaha,
bukan tiada idea, tapi satu sikap seorang usahawan itu sendiri iaitu sikap…
 
“Suka Bertangguh”
 
Bila idea datang.. Eh! Nanti dulu lah. Esok lah, minggu depan lah, tahun depan lah.. 
Akhirnya idea yang ada hilang atau telah diambil orang. 
 
Dalam menghasilkan produk digital contohnya, bila ada idea datang, cepat-cepat buat
nota ringkas untuk mencatitkan idea itu. Jangan tunggu dan bertangguh nanti terlupa.
Cepat-cepat buat kajian…
 
Terus mula untuk menulis. Segala kesilapan ejaan, tatabahasa, seting tulisan fikir kemudian.
Bila idea awal dah ada barulah perbaiki sedikit demi sedikit. Masa ni la masa untuk
menambahbaikdan mencantikkan idea itu.
 
Sikap bertangguh adalah satu kerugian besar. Menulislah di mana-mana kalau anda
benar-benar tiada masa. Apa guna telefon pintar dan gadjet-gadjet canggih manggih tu.
Gunakan ia sebaiknya mungkin. Masa tengah makan dapat idea tulis dalam telefon bimbit
cepat-cepat…
 
Sikap bertangguh ni jika ada dalam diri memang susah dibuang.
Tapi marilah sama-sama berusaha untuk buang sikap bertangguh itu.
Usaha sekarang dan jangan bertangguh lagi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

SocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

This Website has been published since 12th March 2010. All Copyright Reserved to http://www.fizrahman.com . Protected by Cyber-Law Article Publishing Admin